Tuesday, September 11, 2007

Mengenangkan mu



KERISPATIH

Takkan pernah habis air mata ku

Bila ku ingat tentang diri mu

Mungkin hanya kau yang tahu

Mengapa sampai saat ini

Ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padaku

Meski kita kini ada di dunia berbeza

Bila masih mungkin waktu ku putar

Kan ku tunggu diri mu

Biarlah ku simpan

Sampai nanti aku

Kan ada di sana

Tenanglah Diri mu

Dalam kedamaian

Kenang lah cinta ku

Kau takterlihat lagi

Namun cinta mu abadi

Seringkali mereka menganggap aku ini bodoh.. aku kira setiap manusia berhak menentukan apa yang mereka rasa dan perasaan yang hadir disetiap hati manusia itu satu anugerah..bukan perasaan yang kita boleh beli dikedai atau mampu kita bayar sukatan nya dengan harga dalam Ringgit Malaysia.

Tapi setiap kali itu yang aku tegakkan..dan sering itu aku kalah dalam hujah ku sendiri. Bagi mereka sesuatu yang “peribadi” tidak dapat mereka campur adukkan dgn kehidupan rasmi mereka..”tidak praktikal” bilang mereka. Tapi apa yang aku faham tentang kehidupan ini pengalaman aku mengajar aku tentang segala-gala dalam kehidupan yang aku lalui.Dan bagi ku peribadi dan bukan peribadi bukan laksana dua identiti yang berbeza..bagi aku mereka tetap bergabung untuk menghasilkan kehidupan yang harmoni.

Anehnya mereka jua menjalani kehidupan seperti ku tetapi mereka menganggap kehidupan mereka paling gah dan paling sempurna..tapi percaya kataku ini.sekiranya satu sudut itu mereka dipandang sebagai memiliki kehidupan yang sempurna, pelajaranyang tinggi, keluarga yang bahagia, perkerjaan yang menjanji pendapatan lumayan, pasti akan ada sekecil-kecil situasi yang mereka sendiri mengaku yang mereka tidak sempurna..kerana hakikatnya tiada seorang manusia di atas muka bumi ini sempurna kecuali RabbulIzzati kita.Sesungguhnya Allah maha berkuasa.

Oh ya..apa kaitan dengan lirik lagu yang aku tulis di atas..sebenarnya..sebagai penghias coretan aku dan jikalau di dalam istilah pendidikan..lebih sebagai set induksi..dimana aku membuka coretan aku dengan satu mukadimah santai yang akan di fahami secara ringkas oleh pembaca sekalian tanpa perlu membaca keseluruhan coretan aku ini.

Ok.berbalik kepada content sebenar-benarnya mengapa lirik lagu MENGENANGKANMU nyanyian kumpulan dari Indonesia bernama KERISPATIH itu dipilih menjadi pembuka selera padahari ni..

Ini kerana setiap manusia mempunyai kenangan..dan aku sendiri juga punya kenangan..dan aku kecilkan skopnya di sini sebagai kenangan yang aku masih kenang..dan ingat ketika aku menjalinkan hubungan persahabatan dengan seorang teman dan hubungan sebagai persahabatan itu berkembang ke fasa yang lebih serius..dan akhirnya putus tanpa sempat menamatkan matlamat fasa seterusnya..

Dan dengan itu pengalaman itu bagi aku sangat berharga kerna aku sangat –sangat berterima kasih kepada teman ku itu kerana tanpa beliau aku tidak mungkin jadi seperti mana aku pada hari ini.Dan jika sebagai hamba tuhan yang waras dan sering ingin berubah ke arah kebaikan aku yakin kita semua akan redha dengan keputusan ini.

Walaupun perkara itu sudah hamper masuk tahun ketiga..aku masih bersyukur kerna aku masih diberi tuhan untuk menjadi rakan beliau dan sering menyokong dan mendokong beliau walau dari jauh. Itulah perkarapaling manis yang aku kenangkan..dan akan tetap memlih beliau sebagai orang yang banyak membuat aku berubah sebegini jauh.menjadi seorang yang lebih kuat dan lebih positif.

Kalian juga pasti pernah mengalaminya bukan? Jika bukan sebegini jalan ceritanya tapi pasti pernah sampai ketikanya anda ingin berubah dan perubahan yang akan di lakukan itu dijana oleh seseorang..Ini yang saya maksudkan..bukan semua cerita sedih itu akan sentiasa dipandang sedih dan teruk.pasti ada sudut lain yang jika dilihat secara positif sebenarnya memberi impak yang amat manis kepada tuan empunya diri..renungkanlah…semoga kalian sentiasa di bawah lindunganNya.

Tuhan tolonglah sampaikan sejuta sayangku untuk mereka keluarga ku terchinta.


- siti maryam-

No comments: